KERJA LEPAS BERSARA - DOCUMENT CONTROLLER

Salam,

Lepas bersara dari kerajaan ni, boring lak lelama dok umah. Maka aku pun keje di sebuah syarikat perunding pembinaan dan ditugaskan sebagai al-kerani kat site office Jalan Reko, berhampiran UKM Bangi. Mulai Feb 2013 bermulalah karier sebagai penjaga pejabat hehehe.... ok gak dapat kenal-kenal sahabat baru.

Pastu bulan Oktober aku diserapkan ke HQ di Gombak sebagai Document Controller, untuk membantu mendapat pengiktirafan ISO 9001:2008. Untuk mempersiapkan ilmu dan pengetahuan maka aku menghadirkan diri untuk kursus di SIRIM, tapi lokasi kursus adalah di Hotel Blue Wave, Shah Alam.

 Kursus ni sehari je.


Bagus jugak cara penyampaian dan suasana kursus yang baik.

Yang hadir semua perempuan, kecuali aku.. hehehe. Layan je. Time makan memang sedap.

Kursus ini sebenarnya adalah antara beberapa kursus yang dikelolakan oleh pihak SIRIM bagi ISO 9001:2008.

*** Akhirnya syarikat berjaya mendapatkan pengiktirafan ISO 9001:2008 dalam bulan Mac 2014.

Mksih...

Comments

Popular Posts