GEMAF : Mancing Parit Jer.....

Mancing Parit Jer,

Sesuai ngan konsep GEMAF (Geng Mancing Free), masih meneroka port2 berdekatan untuk memancing secara gratis dan masih mampu memenuhi hobi dan melayan gigil tarik ikan.

Port kali ini adalah berhampiran Aman Perdana Kelang dan Setia Prima berhampiran Bukit Raja. Masih lagi parit dan umpan utama adalah cacing (beli kat kedai akuarium)

Aman Perdana, agak berbagai jenis ikan yang berjaya dipancing antaranya;

Haruan
Puyu
Keli
Keli Kampung
Belida
Kura2 hihihi

Jika air parit melimpah, ikan lagi galak makan umpan.












Port Setia Prima ni best sikit, mancing dekat parit berhadapan ngan restoren mapley, jadi agak mudah kalau terkucil ker, lapar ke dan sebagainya. Cuma agak tinggi nak menarik ikan ke atas. Setakat ni ikan yang berjaya dipancing adalah tilapia dan lampam berumpankan roti dan cacing.










Selamat memancing sahabat semua , enjoy OK. Mancing free, biar kumpau tapi tak koyak poket.... hihihi

2019




Comments

Post a Comment

Popular Posts