D' ALAM MEE REBUS & LAKSA PERLIS

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Setelah hampir setahun menimba pengalaman di 2 restoran, maka aku mengambil keputusan untuk berniaga sendiri, permulaannya adalah secara kecil-kecilan. Rasanya lebih mudah dan senang bergerak sendiri dengan dibantu oleh keluarga. Perniagaan TASKA masih berjalan lancar , Alhamdulillah syukur. Dengan sedikit pengalaman dan hobi memasak aku, maka aku pilih Mee Rebus menggunakan resepi asal 'Mee Rebus Jenggo @ Mee Rebus Pak Long' dan Laksa Perlis sebagai permulaan ( RM 3.50).

Hari pertama dapat jual 10 bungkus, Alhamdulillah. Sasaran pelanggan agak terhad hanya di Seksyen U12 Shah Alam mulai lebihkurang jam 4 ptg hingga 8 mlm (Dibuka Setiap Hari). Harapan aku agar dengan permulaan ini dapat aku bertapak untuk membuat perancangan masa hadapan selepas bersara dari perkhidmatan kerajaan.

..Sudah masuk hari keenam berniaga, sambutan baik dari pelanggan. Syukur Alhamdulillah, terimakasih pada keluarga yang memberi sokongan. Terimakasih juga kepada semua pelanggan.

** Untuk Tempahan hubungi Pak Long - 019 3527830

Comments

Popular Posts