AMAN PERDANA Kembali ....

 Salam Semua,

Aman Perdana... antara port pilihan geng aku . GENG MANCING FREE (GEMAF). Ini adalah aktiviti hobi 'healing' masa santai yang masih dilaksanakan masa cuti itupun jika dapat cop 'PassPort'... faham je le pada yang dah berkeluarga hehehe.

Dahulunya parit ini agak bersemak samun dan dihuni oleh bermacam spesis ikan, antaranya Haruan, Puyu, Tilapia, Keli, Selat, Limbat, Kepar dan juga Kura2. Tapi setelah dibersihkan dan lebih lapang maka kegiatan menjala dan menjaring semakin mudah dan kerap. 

Tapi sebenarnya ini adalah lebih baik, bersih dan kurang pencemaran.. hanya untuk pemancing agak kureng sambutan. Walau pun begitu cukup sesuai untuk melayan hobi dengan persekitaran yang lebih mesra alam cuma kerengge agak banyak... heheheh.

Bau yang tidak menyenangkan juga kurang cuma selalu terdengar rempitan motor/kereta dan juga hon kerana berdekatan dengan jalanraya. Suasana kehijauan dan angin sepoi sepoi bahasa serta diteduhkan oleh pokok2 disekitarnya.


 

Berbekalkan umpan cacing .. hanya sambutan dari Tilapia sahaja dan seekor kura2. Kami mula memancing seawal jam 9 pagi dan berakhir jam 2 petang.

Syukur semua selamat.. perjalanan pergi dan balik. Lapar pulak.. biasek le kengkadang mancing ni lupa nak makan. Singgah makan dulu.

Sekian sahaja .. Dapat lah sedikit hasil untuk buat lauk. Ikan pun dah mahal sekarang nih.

                                                             - SAFETY FIRST -




Comments

Popular Posts